Anonymous
6 tahun
Kitaran haid x teratur
Saya umur 27 tahun dan belum berkahwin … Saya nak tanya kalau haid saya dalam masa 30-36 hari adakah 2 normal.? … Kerana mula tahun 7/2018 kitaran dia 30-36 hari. Sebelum ini 28hari…saya bagi kitaran haid…
Bln 7-8 /18=33 hari
Bln 8- 9 = 31 hari
Bln 9-10 =32hari
Bln 10- 11=33
Bln 11 -12=30
Bln 12/18- 1/19=36hari
Bln 1 -2= 32
Bln2- 3=35hari
Sekian terima kasih… 
6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kitaran haid normal adalah: 21-35 hari manakala tempoh datang haid normal: 2-7 hari.
Punca perubahan kitaran haid boleh disebabkan oleh:
- Perubahan hormon akibat keletihan, tekanan emosi atau jadual harian yang padat
- Masalah berat badan
- Masalah tiroid atau pituitari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Penyusuan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk merujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat
Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih


























