
marinimj0804
4 tahun
Kitaran haid yang normal
saya wanita berumur 32 tahun. Masalah saya hadapi haid saya hanya berwarna koko jernih tanpa darah dan hanya sedikit sahaja. Dan, kitaran haid ini adalah kali pertam terjadi pada saya secara tidak normal… maksud tidak normal bagi saya kerana darah tidak berbau, dan hanya koko jernih sedikit pada kapas atau seluar dalam dan hanya keluar sekejap2… terjadi pada haid saya bertarikh 12/5 dan haid berakhir 18/5 dan ntk kali kedua haid saya datang pada 30/5…adakah cukup kitaran haid atau itu sebenarnya darah penyakit (istihadah) dan sblm itu kitaran haid yang normal 10/4 berakhir 17/4.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Menstruasi atau haid adalah pendarahan bulanan bagi setiap wanita. Apabila anda mendapat haid, tubuh badan anda akan menggugurkan lapisan rahim. Kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga hari pertama haid seterusnya. Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang berdewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda.Kenaikan dan kejatuhan tahap hormon akan mengawal proses kitaran haid pada setiap bulan.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan pengeluaran cecair coklat iaitu:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.