
nadiah.saib95
5 tahun
Kitaran haid yang tidak menentu
Hi doktor, saya wanita berumur 24 tahun dan belum berkahwin. saya ada masalah kitaran haid yang tidak teratur semenjak beberapa bulan yang lalu. pada bulan julai saya datang bulan lebih kurang 3 minggu. pada minggu pertama darah keluar sedikit masuk minggu kedua darah saya keluar berketul-ketul dan banyak sehingga minggu ketiga. adakah itu normal? apa pendapat doktor ya? apa perlu saya lakukan? saya takut saya ada masalah dalaman.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Sekiranya anda mempunyai gejala keletihan, pening/sakit kepala serta rasa hendak pitam, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.