
Sulit
5 tahun
Kitaran haid yang tidak teratur,,,
Hai …selamat mlm doc…sy mengamalkn asid folic bru sebulan untuk merncang kehamilan…namun begitu sy risau …setelah mengamalkn asid folic ini haid sy mmpunyai kitaran lebih dari 45 hari…adakah pengambilan asid folic itu boleh mmpengaruhi kitaran haid x teratur?sblm ini kitaran haid sy antara 29-33 hari…slpas mngamalkn asid folic dlm sebulan ni kitran haid lebih dari biasa…selain itu jga keadaan darah haid pekat dan bnyak gumpalan darah keluar…haid bln lpas adalah 10/7…bln ini 24/8…adakah ini keadaan normal ataupun sebaliknya…sy risau dn bingun doc…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, haid yang lambat dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
• Hamil
- Gaya hidup aktif
- Tekanan emosi
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang teman anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.