
nuralyanatasya99
5 tahun
Kitaran haid yg tak teratur
saya wanita yg berusia 20thun. sudah berkahwin dan masih belum mempunyai anak. saya menghadapi masalah kitaran haid tidak teratur sedari sekolah menengah. saya mula datang haid sewaktu berumur 11 tahun. kitaran haid saya tidak teratur sedari usia 13 tahun. sehingga sekarang. setelah berkahwin saya dapati saya sering kali sakit dia bahagian bawah perut. terutama sekali apa bila berlaku hentakan semasa membonceng moto dan sebagainya. darah haid sy cair dan kadang aliranya sedikit. kadan 4 bulan sekali baru sy datang haid. sy gusar kerana sampai sekarang belom mempunyai anak. kadang2 payudara sy juga kerap merasa sakit. sehingga tak boleh bersentuhan langsung dengan apa2 pon.saiz paydara sy jgk agak berbeza antara kiri dan kanan. helah kiri kerap sakit dan sedikit melendur. harap dr dpt tlong sy.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.