
fatinaznim93
5 tahun
Kitaran period yang tidak teratur
Selamat sejahtera. Saya wanita yg sudah berkahwin & berumur 26 tahun. Solaan saya ialah Adakah normal untuk kitaran period meningkat dari 33 hari ke 37 hari selepas kahwin? Pada harini , saya hari ke 39, waktu bilakah sya perlu membuat upt test?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Saya akan cuba menjawab soalan yang diajukan oleh anda. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini berlaku.Antaranya ialah:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Upt biasanya boleh mengesan hormon dalam air kencing anda kira-kira 10 hari selepas haid terlepas pertama anda. Ini adalah apabila telur yang telah disenyawakan melekat pada dinding rahim.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.