Sulit
2 tahun
Klimaks semasa hamil
Saya hamil dan semasa hubungan intim dengan suami, saya akan klimaks. Adekah ade kesan kepada bayi saya doktor? Awal2 hamil saya pernah klimaks dan keluar darah sedikit setiap kali klimaks. Sekarang dah 7 bulan hamil tiada lagi darah keluar bila klimaks cuma rasa lenguh di bahagian bawah perut
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, antara punca-punca pendarahan ketika fasa akhir kehamilan termasuk:
- Pendarahan akibat aktiviti seks yang terlalu agresif atau kurang pelincir
- Trauma fisikal yang lain pada saluran atau organ kelamin
- Mahupun gangguan kesihatan seperti
- abnormal spotting
- jangkitan kuman pada kelamin
- fibroid atau ketumbuhan serviks
- plasenta previa
- abruptio plasenta
- atau gangguan kehamilan yang lain
Saya sarankan anda pergi ke klinik berdekatan dan membuat scan atau pemeriksaan yang lain untuk memastikan tiada masalah yang serius. Tambahan lagi, bagi mereka yang mempunyai risiko terhadap kehamilan preterm, klimaks atau seks secara umumnya berkemungkinan meningkatkan lagi risiko untuk ianya berlaku. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.