
Sulit
5 tahun
Klinik Kesihata minta isteri dalam pantang dan anak utk check selang sehari
Saya ingin bertanyakan tentang isteri sy yg dalam pantang dan anak umur 12 hari untuk check berat dan tgk keadaan kuning anak walaupun semakin menurun. Soalan saya perlukah saya mengambil risiko untuk ke Klinik Kesihatan selang sehari untuk checkup itu walaupun keadaan anak dan isteri semua sihat? Saya tidak sanggup ambil risiko ke Klinik Kesihatan dalam masa terdekat ini…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda lebih-lebih lagi kita sekarang sedang manghadapi wabak coronavirus.
Namun begitu, saya sarankan untuk anda tetap datang ke klinik bagi pemeriksaan susulan. Hal ini kerana, sekiranya doktor membuat keputusan untuk melihat isteri dan anak anda lagi, pasti ada sebab. Sekiranya dia pasti bahawa anak serta isteri anda sihat, dia pasti tidak meminta untuk mereka datang lagi.
Akan tetapi, anda mungkin boleh menghubungi klinik kesihatan di mana anak serta isteri anda dirawat dan cuba bertanya kepada mereka mengenai hal ini memandangkan mereka mempunyai maklumat mengenai anda.
Terima kasih