Sulit
2 tahun
Klitoris ada keputihan
Saya wanita berumur 19 tahun dan belum berkahwin.Pada bulan 12 yang lepas,saya dapati ada keputihan yang melekat pada head clitoris dan ketika itu saya dalam haid hari ke-2.Pada hari esoknya, saya ke klinik sebab risau berkemungkinan keputihan yang ada pada head clitoris itu merbahaya.Jadi,doctor kata ianya jangkitan kuman kerana keputihan tersebut melekat pada head clitoris dan kelilingnya. dan saya diberi pencuci miss V dan krim Fobancort ointment.Keputihan yang melekat itu tidak hilang sepenuhnya namun keliling klitoris itu hilang sekiranya saya membersihkannya tapi ia kerap berlaku walaupun selepas buang air saya lap dengan kering.Boleh saya tahu cara untuk hilangkan keputihan yang melekat pada keliling clitoris dan head clitoris ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah keputihan yang melekat pada klitoris yang anda alami. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, untuk mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya perlulah diketahui terlebih dahulu sebelum pihak kami membuat sebarang kesimpulan. Secara umum, masalah keputihan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Jangkitan salur kencing
Akan tetapi, ia boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor seperti:
- Vaginitis atau cervicitis
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Jangkitan kelamin ( sexually transmitted diseases )
Oleh itu anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.