
Sulit
5 tahun
Knp skjp2 tersedu
Nk tanye knp skjp2 tersedu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tersedu-sedu timbul akibat pergerakan diafragma iaitu sejenis otot dibahagian perut. Terdapat pelbagai kondisi atau situasi yang boleh menyebabkan sedu, antaranya:
- makan terlalu cepat
- minum terlalu banyak
- masalah terkait saraf dan otak seperti stroke
- akibat pembedahan perut
- akibat sesetengah ubatan atau penyakit perut
Bagi mengurangkan kejadian masalah ini, adalah digalakkan untuk anda mengelakkan makan dan minum terlalu cepat atau terlalu banyak. Sekiranya berlanjutan, adalah disarankan untuk merujuk ke doktor agar dapat dikenalpasti penyebab masalah.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.