
Sulit
4 tahun
Kombinasi vitamin omega3, choline & gingko biloba
Hi Dr. Saya berusia 26 tahun. Saya baru nak ambil supplement Choline, Gingko Biloba & Omega 3. Boleh beri cadangan bagaimana perlu saya makan?
Dan kebetulan saya selalu sakit di kawasan belakang kepala seakan migrain berdenyut denyut yang terlampau disusuli dengan mual dan muntah.
Is it normal?
Thank you in advance

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kombinasi suplemen.
Untuk makluman anda, suplemen sebegini di ambil sesuai dengan arahan yang diberitahu pada kotak suplemen tersebut. Saya tidak mempunyai apa-apa cadangan tentang cara untuk mengambil suplemen berikut. Pastikan anda mengambil suplemen yang lulus daripada KKM untuk mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.
Untuk permasalahan sakit kepala, sakit migrain biasanya disertai gejala berikut:
- sakit kepala
- muntah
- tidak boleh melakukan aktiviti
- lemah badan
- aura : kita dapat merasakan simptom sebelum serangan migrain
- sensitiviti terhadap cahaya, bunyi bising, atau bau
- hilang selera makan
- sakit perut
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Bagi mengurangkan migraine, anda dinasihatkan:
- mengelakkan perkara yang boleh menimbulkan migraine seperti cahaya yang terang, bunyi yang bising, makanan seperti chocolate, kacang dan sebagainya.
- anda juga perlu mendapatkan waktu tidur yang mencukupi.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.