Sulit
4 tahun
Kongsi bilik dengan pesakit covid
Suami saya postif covid-19 . Saya membuat ujian RTK test kit pada hari yang sama tetapi negatif. selepas 5 hari saya bergejala dan melakukan test kit dan keputusan postif… soalan saya, adakah saya boleh melakukan pengasingan di bilik yang sama dengan suami yg telah positf? ada risiko
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, individu yang disahkan positif Covid-19 boleh menjalankan kuarantin dalam bilik yang sama. Kami menasihatkan anda untuk menghubungi CAC berdekatan dengan anda untuk mengesahkan status anda. Sekiranya anda dan suami anda disahkan positif Covid-19, anda dan suami anda boleh menjalankan kuarantin di bilik yang sama.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































