
rosehill88
3 tahun
Konsultasi untuk Rawatan susulan
Mak sy berumur 87 thn, menghidapi diabetes type 2, darah tinggi، tumor otak dan mild stroke and now on tube feeding. Sy ingin mendapatkan rawatan susulan utk mak sy tapi sy tak tahu doktor bahagian mana yg perlu sy buat temujanji dan isu mobiliti menyulitkan sy membawanya ke hospital. Mohon nasihat.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda hendak membuat rawatan susulan dan ingin mengetahui doktor bahagian mana. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, disebabkan mak anda menghidapi tumor otak, dan mild stroke, anda boleh menghubungi doktor pakar neurologi untuk mendapat nasihat dan rawatan seterusnya.
Anda juga boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar neurologi.