
Sulit
3 tahun
Kontak kasual tidak bergejala
Saya mendpt notifikasi bahawa saya adalah kontak kasual tidak bergejala…saya tk pasti di mana check ins saya yg terbabit…bolehkah saya dptkan detail…mcm mana contact tracing dilakukan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sekiranya anda pernah mengunjungi mana-mana tempat dengan kehadiran pesakit covid, anda akan dianggap sebagai kontak kasual. Anda boleh kemas kini status anda dalam app MySejaterah, menjawab soalan yang berkaitan dan anda akan diberi kategori serta arahan yang perlu diikuti. Dalam app MySejaterah juga akan tunjukkan sejarah tempat anda mendapatkan kontak kasual tersebut.
Sekiranya anda adalah kontak rapat, sila ikut arahan menjalani kuarantine dan menerima ujian covid.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini