
Sulit
3 tahun
Kontak Rapat Bagi Kes Positif COVID 19, Mempunyai Simptom namun Negatif Swab Test
24/6 - dimaklumkan 2 org anak (3 tahun & 1 tahun) merupakan kontak rapat positif covid , cikgu di pusat jagaan
24/6 - swab test RTK (result negatif)
25/6 - demam kedua-dua
26/6 - swab test PCR dibuat
27/6 - result negatif keduanya, demam on off
28/6 - mula selsema
29/6 - selsema dan batuk. Anak pertama hidung melepuh secara tiba-tiba manakala anak kedua nafas berbunyi ketika tidur. Tidak lagi demam keduanya.
Soalan,
- Boleh bawa jumpa doktor memandangkan mereka masih tempoh kuarantin?
- Ada possibilities tak mereka sebenarnya positif covid tapi tidak dikesan memalui swab test yg dibuat?
- Apa yang harus dilakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami kerisauan anda dan akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, ujian RTK untuk Covid-19 mempunyai kadar ketepatan antara 80-90%. Oleh itu, sekiranya keputusannya menunjukkan ‘negatif’ kemungkinan anak anda dijangkiti Koronavirus adalah rendah.
Anda memaklumkan bahawa anak anda sedang mengalami gejala demam, selesema, dan batuk dan sedang menjalankan kuarantin di rumah. Sekiranya gejala tersebut bertambah teruk dan tidak boleh dikawal di rumah, sila dapatkan janji temu di klinik untuk rawatan lanjut.
Kami mencadangkan anda untuk terus memantau tahap kesihatan anak dan melaporkan kepada petugas kesihatan sekiranya ada perubahan.
Anda tidak perlu risau kerana sememangnya kanak-kanak kerap jatuh sakit. Ini kerana imuniti badan mereka masih rendah. Oleh itu, gejala yang dialami oleh anak anda boleh disebabkan oleh penyakit lain selain daripada jangkitan Koronavirus.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi talian CPRC atau hubungi kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini