
Sulit
3 tahun
Kontak rapat dengan pesakit covid
saya pernah +ve covid pada 27.9.2021 hingga 6.10.2021… pada 29.11.2021 saya kontak rapat dengan kwn yg +ve… perlu atau x saya kuarantin kendiri?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, adalah lebih baik sekiranya anda menjalani kuarantin secara kendiri di rumah selama 10 hari. Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk sentiasa mengemas kini status kesihatan anda di aplikasi mysejahtera serta sentiasa menjaga SOP serta mengamalkan penjarakan sosial.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini