Sulit
4 tahun
Kontak rapat kepada rakan sekerja yg +ve
Saya telah bertemu di surau bersama seorang rakan sekerja pada 3/06 dalam 15 ke 20 minit dan berbual bersama …
Pagi ini saya mendapat tahu bahawa beliau disahkan +ve
Perlukah saya menjalan swap test ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan
Melalui keterangan anda diatas, anda ingin tahu adakah anda perlu melakukan ujian saringan COVID-19. Kami akan cuba menjelaskan kepada anda mengenai hal ini.
Untuk makluman anda, kontak rapat COVID-19 adalah mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF. Menurut KKM juga, kontak rapat adalah dikategorikan kepada kumpulan berikut:
- Pendedahan daripada penjagaan kesihatan, seperti petugas kesihatan yang mengendalikan kes Covid-19 tanpa kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) sewajarnya, pelawat, dan pesakit di dalam wad sama dengan pesakit Covid-19.
- Orang yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam persekitaran yang rapat, atau berkongsi bilik kelas dengannya.
- Orang yang membuat perjalanan bersama pesakit Covid-19 dalam apa jenis pengangkutan pun.
- Orang yang tinggal dalam rumah yang sama dengan pesakit Covid-19.
Kumpulan yang wajib membuat ujian saringan ( swab test ) adalah kontak rapat dan mereka yang mempunyai gejala.
Oleh itu sila rujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diperlukan mengenai masalah anda.
Anda boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































