Sulit
4 tahun
Kontrak rapat kepada pesakit covid positif
Beberapa kawan satu department saya test positif covid 4hari lalu. Kami bekerja rapat dan duduk di office yang sama. Syarikat saya telah mengaturkan swap test untuk seluruh syarikat dan lebih dari separuh test positif. Keputusan ujian saya negatif. Adakah KKM akan menghubungi saya untuk ujian saringan? Adakah saya perlu kuarantin diri? Kerana syarikat saya mengarahkan pekerja yang keputusan negatif untuk bekerja seperti biasa.
4 tahun
Definisi kontak rapat dalam kes coronavirus adalah apabila seseorang berhadapan selama 15 minit atau berada di dalam kawasan yang tertutup selama sekurang-kurangnya 2 jam bersama dengan individu yang telah sah dijangkiti virus ini.
Saya sarankan anda untuk kuarantinkan diri dan mengawasi gejala. Swab test yang pertama hanya bermaksud anda tidak dijangkiti sewaktu ujian diambil. Ujian kedua perlu dilakukan untuk memastikan yang anda tidak positif.
Buat masa sekarang, saya sarankan untuk anda mengawasi gejala anda dan sentiasa melakukan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































