
Anonymous
6 tahun
Kram bahagia bawah perut belah kanan / keputihan
Pagi tadi selepas saya pegi ke tandas , bahagia bawah perut saya terase kram di sebelah kanan ,saya biarkan mungkin hanya sekejap tapi silap kram tu masih ade lagi sehinggan tengahari saya masuk ke tandas saya mendapati ade ketulan ketulan keputihan seperti susu basi tapi tidak berbau , saya cuma nak tahu kenapa ye ? adakah ia berbahaya atau saya sedang hamil ? harap doktor dapat membantu . terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, ketulan putih seperti susu basi ini biasanya merupakan salah satu gejala jangkitan yis yang biasanya berpunca daripada organisma candida.
Anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan tentang jangkitan ini kerana adalah sukar untuk membuat kesimpulan tanpa maklumat lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian untuk konsultasi secara peribadi dan rawatan yang sesuai atau kunjungi klinik terdekat. Terima kasih.