Sulit
4 tahun
Kram perut semasa period dan sebelum period
saya wanita berumur 25 baru 7bulan bernikah.saya ingin bertanya megenai tntng diri saya …period alahamdulillah normal buat msa sekrang ni.tapi period bulan 12 ini saya megalami masalah sedkit,sya period 8hb tapi semasa 8hb period sy cklat slama 3hri…selepas 3hri period saya normal kembali tapi masih dengan keadaan kram perut dan sakit pinggan,period saya selalu akan habis selama 6hri sahaja,tapi kali lbh dri 6hri.sekarang ni period saya dah kering tapi masih kram perut,sakit pinggan n senggal payudara dan tiba-tiba masih ada darah sedekit,bole kah dktr terang kan kenapa pada keadaan saya?saya amat risau sekali.harap doktar dapat membantu saya
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Endometriosis – tisu yang membina bahagian dalam dinding rahim (Endometrium) tumbuh pada bahagian luar rahim
- Adenomyosis – tisu endometrium tumbuh ke dalam bahagian otot rahim
- Pelvic Inflammatory Disease (PID) – Jangkitan pada rahim yang kemudiannya merepak ke seluruh pelvis
- Cervical Stenosis – laluan bukaan rahim sempit
- Fibroid – Ketumbuhan yang benign di dalam rahim. Masalah ini turut menyebabkan wanita mengalami masalah haid yang terlalu banyak, terlalu lama atau tidak teratur.
- Ketumbuhan polip di dalam rahim
- Intrauterine adhesions – Dinding dalam rahim melekat akibat proses (Scarring)
- Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) – ketumbuhan cyst pada ovari yang sering menyebabkan kemandulan dalam wanita
Anda boleh menunggu satu kitaran lagi dan melihati perubahan. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.