
Sulit
4 tahun
Krim penanggal bulu menyebabkan bulu semakin tumbuh dgn banyak?
Hi doktor,
Saya nak bertanya jika saya gunakan krim penanggal bulu, adakah bulu yang tumbuh selepas itu akan lebih lebat ? Maksud saya bulu di ketiak, peha, dan betis

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Kami faham kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, secara umum, kebanyakan kaedah yang digunakan untuk menanggalkan bulu perlu dilakukan secara berkala bagi memberikan hasil yang diinginkan. Pertumbuhan bulu selepas kaedah tersebut adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti kondisi kulit dan kadar hormon seseorang. Namun, cara yang betul seperti pemakaian bahan eksfoliasi beberapa jam sebelum bercukur/menanggalkan bulu dan pelembap setelah bercukur/menanggalkan bulu boleh membantu menjaga kesihatan kulit.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi untuk penerangan dan nasihat lanjut. Terima kasih
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!