
Sulit
5 tahun
Krim steroid untuk ibu mengandung
Saya sedang mengandung trimester pertama dalam masa yang tergena fungal infection di alat sulitn saya yang menyebabkan saya sukar tidur, adakah selamat untuk saya menggunakan krim steroid yang mengandungi Miconazole nitrate 2% dan hydrocortisone acetate 1% untuk mengubati infection saya? Saya telah mendapatkan ubat tersebut daripada klinik berhampiran dan doktor tersebut tahu saya mengandung cuma saya ragu ragu untuk menggunakannya. Apakah akan ada effect yang tidak baik untuk kandungan saya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, penggunaan krim ini selamat ketika mengandung. Kandungan steroidnya adalah rendah dan anda harus menggunakannya sehingga jangkitan kulat anda sembuh. Hal ini kerana jangkitan kelamin atau saluran kencing boleh membahayakan kehamilan anda. Oleh itu, anda disarankan untuk meneruskan rawatan ini.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.