
Anonymous
2 tahun
Krim Vizomet: Kesan Sampingan & Cara Berhenti
Hi doctor, sy perempuan, berusia 26 tahun. Sy ada soalan berkenaan krim vizomet. Dahulu sy ada masalah keradangan kulit yg teruk dan mula gunakan krim vizomet ini. Sy sapukan di muka setiap malam sebelum tidur dan basuh sewaktu bangun pagi. Sy dah pakai krim ini nak masuk 3 tube dah. Sy dapat tahu kesan sampingan dari krim ini jika menggunakan dalam tempoh yg lama. Sy cuba berhenti setahun yg lalu, namun kulit sy naik merah2, lebih dikenali sbg acne vulgaris. Sepanjang tempoh sy pakai krim vizomet ini tak ada apa2 kesan sampingan, cuma sy perasan bila sy tak sapukan di kulit (dalam satu hari), mula naik merah2 dengan cepat dan banyak. Mohon nasihat dan pandangan doctor apa yg patut sy lakukan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda dihadapi. Namun begitu, masalah kulit anda adalah kompleks dan memerlukan maklumat lanjut, pemeriksaan serta ujian tertentu juga mungkin diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Saya mencadangkan agar anda merujuk masalah anda ini kepada pakar sakit kulit agar pemeriksaan dan ujian untuk mengenal pasti punca gejala yang anda hadapi serta dirawat dengan betul dan tepat.
Sila lik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.