
afizah
5 tahun
Kuarantin 14 hari perlukan surat dari doc?
saya berumur 40 tahun. sedang hamil 3 bulan. Baru baru ini saya baru sahaja pulang dr jakarta atas urusan kerja. Simptom yang serius tidak ada. tiada demam… hanya selesa dan batuk sedikit. perlukan saya dikuarantinkan di rumah? adakah hospital akan keluarkan surat untuk kuarantin ini? untuk makluman saya bekerja dan perlukan surat sokongan untuk kuarantin ini.

5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan yang telah diajukan.
Saya memahami kebimbangan anda. Untuk makluman anda, Indonesia tidak termasuk dalam negara berisiko tinggi untuk COVID-19. Namun, anda masih digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Hospital kerajaan yang menyediakan kemudahan ujian COVID-19 cuma memberi keutamaan kepada yang berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19. Namun, anda boleh melakukan ujian ini dengan kami melalui home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala selsema dan batuk boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Tindakan kuarantin hanya disarankan kepada pengunjung negara yang berisiko serta mempunyai gejala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih dan semoga cepat sihat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini