
nursyahira9737
2 tahun
Kuat berpeluh pada waktu pagi
Saya wanita dalam 20an dan saya mengalami kuat berpeluh di seluruh wajah muka Saya… Saya tidak tahu mengapa …adakah kerana saya tidak boleh dalam suhu yang panas mengakibatkan wajah muka saya berpeluh?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala kuat berpeluh ini boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Primary atau Secondary.
Primary adalah disebabkan oleh kelenjar peluh (sweat gland) dalam badan anda amat aktif terutamanya semasa menjalankan sebarang aktiviti atau merasai emosi yang kuat. Dalam individu yang mempunyai Secondary hyperhidrosis, mereka selalu berpeluh semasa tidur dan sentiasa akan berkaitan dengan kehamilan atau penyakit yang lain seperti:
- Kencing manis
- Masalah tiroid
- Obesiti
- Jangkitan
- Gout
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.