
wajdiota
4 tahun
Kukit kepala berkuoing
Saya lelaki berumur 25 tahun mempunyai massalah kulit keoala yang agak teruk yang mana kukit kepala saya berkuping dan gatal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan gatal kulit kepala. Antaranya ialah:
- Masalah kelemumur
- Infeksi kulit kepala – terdiri daripada jangkitan bakteria ataupun kulat
- Psoriasis:Psoriasis adalah peradangan pada kulit yang ditandai dengan ruam merah, kulit kering, tebal, bersisik, dan mudah terkelupas.
Anda boleh dapatkan nasihat doktor atau farmasi bagi penggunaan syampu yang sesuai untuk merawat kegatalan ini. Jika masalah ini masih tidak selesai atau bertambah teruk, anda boleh mendaptkan nasihatn di klinik biasa dan dirujuk lebih lanjut kepada pakar kulit.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihakkami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat dan rundingan lanjut. Terima kasih.