Sulit
4 tahun
Kuku kaki berubah warna
Hi. Saya berumur 26 tahun, baru melahirkan anak sulung pada September 2020. Semenjak dua menjak ni, saya perasan keadaan hujung kuku kaki saya, berubah warna ke warna lebam.
Kenapa ia terjadi? Sebab apa? Dan apa yang saya perlu lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan kulat, bakteria atau virus
- Kecederaan pada bahagian tersebut
- Masalah pembekuan darah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami kurang pasti mengapakah anda mengalami masalah sedemikian dan maklumat lanjut mengenainya perlu diketahui. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Rawatan akan diberikan berdasarkan punca dan diagnosis yang diberikan oleh doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.


































