
Sulit
5 tahun
Kulat dalam telinga anak
Anak saya berumur 10 tahun Dan autisme.dia menang
Suka mandi.telah berapa Kali cuci telinga disebabkan
Kulat tersebut.tetapi tidak lama selepas itu
Kulat akan timbul semula.saya risau dgn keadaan Nye
Apakah rawatan yg terbaik utk merawat kulat tersebut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, antara langkah pencegahan bagi masalah ini adalah:
Ajar anak anda supaya selalu mencuci tangan dengan bersih.
Sekiranya anak anda ada alahan, jauhi dari bahan tersebut
Jauhkan anak anda daripada mereka yang mengalami batuk dan selesema bagi mengelakkan jangkitan.
Elakkan anak anda dari
- Terdedah kepada asap rokok.
- Menyentuh mata dan hidung.
- Mengunakan puting.
- Menyusu botol semasa baring.
Oleh kerana masalah ini kerap berlaku, berkemungkinan masalah ini disebabkan alahan atau masalah pada struktur telinga anda. Oleh itu, bagi mengetahui punca sebenar serta rawatan yang sesuai, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kerana maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.