Sulit
6 tahun
Kulat kelamin pada bibir faraj
Saya berumur 20an…merasa pelik pada bibir faraj kerana ada bintik -bintik tetapi tidak gatal dan setiap bln sy cuma ada keputihan jernih tetapi tidak berbau…rasa gatal mungkin sbb bulu kemaluan tetapi saya tidak pasti bintik-bintik itu kulat kelamin kerana tidak berwarna putih dan warna seperti kulit di bibir faraj dan tidak sakit… Sy tidak pernah berkawin dan tidak melakukan hubungan seksual…adakah itu terjadi disebabkan sy pernah mengambil antibiotics yg terlalu lama akibat sakit dibahagian telinga dan tekak…adakah sy perlu berjumpa dgn dr kadar segera
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































