
Sulit
4 tahun
Kulit allergik pada pad atau panty liner
Hi, sy ada masalah kulit akan kemerahan dan seperti ruam ketika period. Ini kerana sy memakai pad walaupun kerap tukar setiap 3 atau 4 jam. Ini juga terjadi kadang kali ketika memakai panty liner. Pada awalnya saya memakai jenama KOTEX, tp keadaan lg teruk drpd sy memakai jenama LIBRESSE. Mohon penjelasan apa perlu saya lakukan,

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara atau penyakit yang boleh dikaitkan dengan masalah anda iaitu:
- Penyakit alahan pada kulit yang boleh disebabkan oleh jenis tuala wanita, seluar dalam, dan juga sabun mandi atau krim yang dipakai sebelum ini. (contact dermatitis)
- Ekzema
- Jangkitan STI seperti herpes, HPV ataupun bakteria. (Selalunya disampingi dengan kehadiran ulser dan luka putih)
- Jangkitan kulat atau dikenali sebagai Jock Itch
- Jangkitan bakteria pada ruangan faraj dan celah kangkang yang boleh disebabkan oleh kelembapan yang berlebihan
- Jangkitan parasit seperti Scabies, Pubic lice, dan Body lice.
- Penyakit autoimmun lain seperti Psoriasis dan Lichen planus
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Kami sarankan anda untuk sentiasa menjaga kebersihan pada ruangan celah kangkang pada setiap masa bagi mengelakkan jangkitan kuman yang berbahaya. Selalunya, keruaman yang berkaitan dengan penggunaan tuala wanita adalah disebabkan oleh alahan pada kulit ATAU kelembapan yang berpanjangan dan berlebihan yang boleh mengundang jangkitan kulat dan bakteria. Sila berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara ini berlarutan atau jika anda mengalami simptom lain seperti masalah kencing sakit, demam, menggigil, serta masalah haid tidak teratur.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah