
Sulit
3 tahun
Kulit amat gatal dan susah tidur
Hi doctor! saya berumur 21 tahun. saya mengalami masalah kulit sejak 2 minggu ini. Saya seorang pelajar dan berada di dalam kampus. Badan saya naik tompok merah yang kering dan gatal. Saya sudah ke unit kesihatan untuk rawatan tetapi setelah diberikan betnovate krim dan ubat pil allergic. Saya masih rasa gatal di seluruh badan dan tompok merah itu masih ada.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda bertanyakan tentang masalah badan yang naik tompok merah serta kering dan gatal dan gejala ini tidak berkurangan walaupun setelah diberi rawatan.
Untuk makluman anda, masalah kulit yang anda alami boleh berlaku akibat perkara tertentu seperti:
- Alahan terhadap persekitaran seperti habuk
- Gigitan serangga
- Kebersihan persekitaran seperti tempat tidur yang tidak terjaga seperti cadar, tilam
- Alahan terhadap makanan tertentu
- Penggunaan air yang tidak bersih
Masalah ini mungkin berulang kerana puncanya masih ada.
Namun begitu masalah kulit ini juga boleh disebabkan oleh penyakit kulit tertentu yang memerlukan rawatan lebih terperinci. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.