
Sulit
4 tahun
Kulit anak saya gatal lagi2 bahagian pelioat
Hi . Anak saya ada alergic dia tak boleh makan seafood dia baru berumur 2 tahun . Dulu saya ada pergi klinik doktor ada bagi ubat minum cuma saya tak ingat ubat tu .

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kulit yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit ekzema - penyakit ini sering didatangi masalah alahan juga samada pada makanan, sabun, kain bahkan cuaca sekalipun. Penyakit ini juga menyebabkan kehitaman pada kulit jika kerap menggaru
- Penyakit psoriasis - juga menyerupai ekzema
- Alahan dermatitis - pada sabun, cuaca
- Jangkitan kulat - ianya perlu dirawat dengan ubat anti-kulat
Beberapa langkah yang boleh untuk dipraktikkan adalah seperti berikut:
- Menggunakan sabun yang lembut ataupun sabun bayi. Elakkan sabun-sabun antibakterial yang boleh mengeringkan kulit.
- Pastikan hidrasi anda baik dengan minum air sekurang-kurang 8 gelas sehari
- Elakkan daripada memakan atau mengunakan sesuatu yang boleh menyebabkan reaksi alahan
- Menukar baju, cadar dan tuala dengan kerap
- Gunakan baju dan pakaian dalam yang menyerap peluh
- Memastikan badan kering selepas mandi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.