
Sulit
3 tahun
Kulit bayi timbul gelembung cecair
Di bahagian pergelangan tangan baby saya ada biji (gelembung cecair) sekarang dah masuk kali kelima gelembung cecair tu naik pada tempat yang sama…adakah berbahaya?? Saya dah pergi ke klinik dan hospital tapi diorang pun tak tahu…dah cuba sapu pelbagai jenis ubat dan cream tapi masih tak pulih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap kesihatan anak anda disebabkan gejala gelembung cecair pada kulit yang dihadapinya. Untuk makluman anda, secara umum, terdapat beberapa sebab mengapa berlakunya masalah sedemikian, seperti:
- Bullous impetigo
- Jangkitan kulit (bakteria)
- Chicken pox
- Sebaceous cyst
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai masalah yang dihadapi oleh anda. Maklumat lanjut adalah diperlukan kerana maklumat yang diberikan oleh anda di dalam ruangan soalan adalah terlalu umum dan pemeriksaan doktor haruslah dibuat untuk mengetahui puncanya supaya anda boleh dirawat.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara
Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Terima kasih