
Sulit
4 tahun
Kulit Berparut Selama 10 tahun lebih
Salam sejahtera Dr, saya ada sejarah terkena air panas mendidih semasa saya berumur 3 tahun. Sewaktu kejadian, saya tidak terus pergi ke hospital sampai, tapi bila terlalu melarat, akhirnya saya dikejarkan ke hospital.
Kesannya ia meninggalkan parut pada kulit kaki saya, kelihatan bulat2 dan mengikut corak liang roma. Saya sangat terkilan sebab kulit kaki saya nampak menyeramkan. Umur saya sekarang 24 tahun, saya dah cuba macam2 serum dan produk, tapi tiada perubahan.
Bolehkah Dr sarankan krim dan penjelasan buat parut di kaki saya? Saya takut jika parut ini parut kekal.
Terima kasih atas penjelasan Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu parut pada kulit kaki. Untuk makluman anda, parut adalah merupakan pembentukan proses penyembuhan selepas kecederaan. Sebetulnya, parut tidak akan hilang sepenuhnya. Tetapi terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu mengurangkan saiznya dan mengubah penampilannya. Antara jenis parut adalah seperti berikut:
- Parut keloid biasanya parut ini tumbuh sangat besar setelah luka
- Parut kontraktur biasanya adalah parut yang terkait dengan kebakaran samaada terbakar api mahupun kimia
- Parut hipertrofi yaitu parut yang mirip keloid tapi lebih kecil
- Parut jerawat
- Parut lobang biasanya tergantung kedalaman
- Parut kudis
Umum mengetahui bahawa penampilan dan perawatan parut adalah bergantung pada pelbagai faktor. Perawatan parut dapat terdiri atas krim, gel, pembedahan dan juga suntikan. Bagaimanapun, keputusan ini harus diambil dengan rekomendasi daripada doktor pakar. Anda boleh mendapatkan rawatan tersebut dengan merujuk kepada doktor pakar kulit. Anggaran kos rawatannya pula bergantung kepada kondisi parut itu sendiri.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih