
Sulit
5 tahun
Kulit dan kepala zakar mengering dan merekah
Saya lelaki berusia 25 tahun, sejak seminggu dua ni saya mengalami sakit pada zakar saya yang dimana apabila zakar saya menegang kulit dan kepala zakar saya mengering dan merekah. Selain itu zakar saya juga terasa pedih. Dibawah kepala zakar saya sedikit kemerahan dan pedih apabila menegang dalam masa yg sama kulit kering dan merekah.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda terangkan ini boleh disebabkan:
- Alahan kulit zakar pada kain, bahan pencuci
- Melecet akibat pergeseran yang kerap zakar dengan kain atau vagina (tanpa pelincir)
- Penyakit kulit seperti ekzema atau lichen planus
- Jangkitan penyakit seksual (jika ada melakukan hubungan seks rambang)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.