
Sulit
5 tahun
Kulit di atas kepala seperti berjerawat dan tumbuh banyak, tapi tak gatal pula
Saya seorang lelaki berusia 19 tahun. Dan baru sambut hari lahir hari ini. Hehe. Tapi sejak tahun 2017 kerap kali terasa seperti ada sesuatu. Mulanya menyangka ianya ialah kelumumur. Bila dah botakkan kepala, baru nampak bentuknya seperti jerawat. Adakah ianya ruam? Ada ubat yang doktor boleh sarankan untuk merawatnya? Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jerawat
- Folliculitis
- Ketumbuhan keratin
- Cyst
- Abscess
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya sehingga kondisi kulit anda secara menjadi parah, dikhuatiri sekiranya dibiarkan ia kan dijangkiti. Lebih merisaukan apabila lokasi luka adalah berdekatan dengan kepala.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.