
Anonymous
5 tahun
Kulit di kaki dan badan naik kemerahan dan gatal
hi sy lelaki berumur 31 dan saya nak bertanya… sejak akhir ni badan saya naik kemerahan di kulit seperti ruam dan adakalanya ia gatal dan bila saya menggaru ia akan menyebab kan kulit saya jadi makin merah seperti darah keluar dibawah kulit. kemudian dibahagian betis saya bahagian belakang rasa sakit bila sy berjalan atau berdiri

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman pada kulit
- psoriasi (penyakit yang paling disyaki)
- tindakbalas alahan
- penyakit kudis buta (scabies)
- contact dermatitis (biasa pada pakaian)
- jangkitan kulat (tinea capitis ataupun tinea versicolor)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.