
arelin187
5 tahun
Kulit gatal berbiji2
Kulit anak tumbuh bintik bintik biji kering dan sesetengah ada air.
Anak saya yang kena berusia 2,4,6 tahun. Mereka bergaru tidak berhenti kerana gatal.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala tersebut boleh disebabkan oleh:
- Cacar air (chicken pox)
- Demam campak
- Rubella
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda perlu berjumpa dengan doktor anda bagi mengenalpasti serta memberikan rawatan yang bersesuaian kepada anak-anak anda. Terima kasih.