
Sulit
4 tahun
Kulit gatal dan benjolan dlm kulit seakan nanah di celah kangkang
Saya wanita berusia 23 tahun. Baru baru nie kulit di celah kang kang saya kering n gatal2 smpai luka dan jadi warna hitam. Skrg ada benjolan tapi tak timbul. Bila dipicit baru rasa dan seakan berisi nanah. Terlalu gatal dan perih. Apa perlu saya buat untuk hilangkan benjolan nie

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah benjolan di celah kangkang ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kelenjar limfa membengkak
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.