
Sulit
4 tahun
Kulit gatal kat tapak kaki, siku, lutut… akn jd sikit2 dkat bahagian lain
Slm saya era 25 tahun… saya ada penyakit kulit dari kecil lagi. Dr dulu brubat scr traditional, guna ubat klinik tak jd juga. Ada satu masa sya smbuh spnuhnya krn saya tak smpt nk mnjaga kulit dan tak pduli dgn gatal2… Tp skrg bila trsalah mkn sikit saya gatal. Shingga pnyakit tu dtg lg dan kini sya mengalaminya… sama sprt dulu… saya tak tahu ini penyakit apa, tak tahu ubat apa yg ssuai… bila prgi klinik utk suntik … ia smbuh skjp je Lpstu dtg lg. Sllu gatal…saya tahu klau tak garu ia akn smbuh Tp saya xtahan… lps garu je dia akn terasa pedih sgt shingga xdpt nk tdo mlm. Saya hanya nk tahu ini penyakit apa dan ubat apa yg ssuai dgn penyakit ni.
-Gatal yg teramat sgt
-Lps garu dia akn pedih dan kdg bernanah… dia akn lbih pedih ktika ada air kt dlm tu.
-Tapak kaki

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Alahan terhadap
- Debu
- Makanan
- Serangga
- Skabies
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria pada kulit
- Psoriasis
- Dermatitis
- Ekzema
- Sejarah keluarga mempunyai alahan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Kami tidak dapat memberikan kata putus mengenai penyakit atau masalah yang ada alami kerana pemeriksaan oleh doktor perlu dilakukan. Memandangkan anda mengalami masalah ini buat jangka masa yang lama, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor pakar untuk pemeriksaan dan rawatan. Rawatan pula bergantung kepada diagnosis yang diberikan oleh doktor.
Selain berjumpa dengan doktor, anda juga perlu melakukan beberapa perkara ini:
- Sentiasa membasuh cadar tilam anda
- Sekiranya anda tidur menggunakan toto, jemur di bawah matahari
- Memastikan pakaian anda bersih
- Elakkan dari menggunakan pakaian yang lembap
- Meningkatkan penjagaan kebersihan kulit
- Sekiranya anda menggunakan ubat, patuhi dos yang telah diberikan oleh doktor dan makan pada waktunya
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.