
Anonymous
5 tahun
Kulit gatal pada leher dan meninggal kan kesan hitam
Saya wanita berumur 27 thun. Saya mengalami masalah ruam gatal dan bersisik di bahagian belakang leher dan bawah lengan ketika berpeluh. ruam gatal tersebut meninggal kan kesan hitam. saya sudah pon mendapatkan ubat cream di farmasi. tetapi ruam masih timbul apabila berpeluh. kesan hitam tak hilang.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kegatalan kulit serta kesan hitam yang terdapat pada kulit boleh disebabkan:
- Jangkitan kulat
- Penyakit kulit seperti ekzema atau psoriasis
- “Acanthosis nigrican” - tompokan yang disebabkan oleh kencing manis
- Penyakit Addison
- Penyakit Cushing
- Kesan ubatan
- Alahan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.