Anonymous
7 tahun
Kulit gatal seluruh badan
saya seorang remaja berusia 18 tahun,kebelakangan ini saya kerap mengalami gatal pada kulit di seluruh badan,boleh dikatakan setiap malam badan saya akan gatal sampai menjadi kurap dan luka, disamping itu saya juga tidak ada alergi. setiap malam saya tak boleh tidur sebab asyik tergaru-garu seluruh badan. Oleh itu, apa yang perlu saya buat untuk hilangkan gatal pada seluruh badan saya?
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
- Keadaan kulit. Banyak masalah kulit gatal, termasuk kulit kering (xerosis), ekzema (dermatitis), psoriasis, kudis, luka bakar, parut, gigitan serangga dan gatal-gatal.
- Gangguan saraf.
- Alergik
Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.


































