
Sulit
4 tahun
Kulit jari gatal di bahagian hujung jari
Mak saya mengalami jari gatal akibat daripada memcuci pinggan mangkuk. Sekarang ini, jari mak saya jadi hitam dan kering merekah di bahagian hujung, di area Distal interphalangeal joint. Dia x bengkak cuma gatal. Semua jari kena. Mak saya umur 49
P.s, saya yang selalu akan cuci pinggan.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Inginkan kelegaan buat sementara waktu ? Dapatkan ia segera.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kulit yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit kulit - seperti ekzema/psoriasis/dermatitis/seborrheic
- Dermatitis Kontak Iritasi
- Neurodermatitis
- Alahan kulit - pada sabun cuci, pakaian, makanan
- Jangkitan kulit - oleh kuman atau kulat
- Gangguan pembuluh darah atau saraf
- Gejala-gejala awal kencing manis
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui oleh kami. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).