
Sulit
4 tahun
Kulit kemerahan di sekitar dubur
Sy wanita dlm 20an, dalam beberapa hari yang lepas sy berasa gatal di kawasan vagina dan sekitar dubur,kemudian sekarang kulitnya mengalami kemerahan seakan akan luka yang dalam proses untuk sembuh , ianya menjadi sakit jika saya tekan di area tersebut, jika tidak memang saya tidak berasa apa-apa , cuma saya berasa gatal sahaja. Jadi apa yang saya perlu lakukan? Adakah disebabkan saya memakai panty liner yang tidak sesuai?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kemerahan yang terdapat pada kemaluan anda boleh disebabkan:
- Jangkitan herpes genital yang boleh disebabkan seks rambang
- Jerawat
- Penyakit kulit seperti ekzema
- Alahan kulit - pada kain seluar atau sabun
- Sista (cyst) yang dijangkiti kuman
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Kami memerlukan lebih banyak maklumat tentang pantyliner yang anda pakai sebelum kami dapat membuat rumusan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.