Anonymous
5 tahun
Kulit kepala berjerawat & gatal
saya umur 23 tahun … boleh saya tau ,antara solution untuk menghilangkan rasa gatal dan jerawat di kepala tersebut ??? ia tersangat lahhhh tidak selesa
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya hal ini. Antaranya ialah:
Jangkitan kulit : penyakit dermatitis menyebabkan kulit kepala gatal, keradangan dan bernanah.
Bisul : ini adalah seperti sebiji jerawat kecil yang tumbuh di bawah lapisan teratas kulit kepala.
Psoriasis kulit kepala : kulit kepala menjadi timbul, kemerahan dan serpihan. Penyakit ini boleh menjadi ringan dan hampir tidak dapat dikesan
Folikulitis: ini adalah keradangan atau jangkitan folikel rambut. Bakteria yang menyebabkan penyakit ini adalah “staphylococcus aureus”.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih





















