
Sulit
4 tahun
Kulit kepala bermasalah
Saya dh lama alami penyakit kulit kepala gatal sangat2 . Macam kelemumur tapi saya rasa bukn kelemumur biasa . Sbb dia bertompok2 pastu gatal dekat situ je . Dan kalau miin teruk dia akn bertompok macam kelemumur bulat dekat bahgian kening tu . Kalau kita kopek dia akn merah . Sbelum ni saya pkai selsun gold . Masalah tu okay . Tapi baru2 nie saya pkai semula shampoo tu memandangkan kulit kepala saya gatal sangt tapi masih jugak gatal . Masalah apa ye tu .

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan kelegaan rambut buat sementara waktu ? Dapatkan ia segera.
Gatal kepala, dan tompok putih boleh disebabkan oleh:
- jangkitan fungus (kulat)
- jangkitan kurap
- jangkitan parasit
- penyakit kulit kepala yang lain (i.e. seborrheic dermatitis, psoriasis, dll.)
Justeru, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.