illfaz.fab
6 tahun
Kulit kepala kering dan kelihatan seperti sakit kulit
hi Doktor, saya berusia 30an. saya mempunyai masaalah kulit kepala yang serius. disekeliling kepala saya terdapat patch seperti dijangkiti kulat. saya sering mengoyang kepingan kulit kering diatas kepala sehingga menyebabkan kawasan kepala saya kemerahan dan kadangkala berdarah. Boleh doktor sarankan ubat apa yang patut saya beli?
saya menggunakan syampoo sensone blue & clear serta perapi loreal .
Saya buntu kerana kerap kali menukar dan mencari syampoo yang serasi dengan kulit kepala saya. harap doktor boleh bantu. terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kepala kulit kering yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan kulat (tinea corporis)
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Alahan dermatitis - akibat penggunaan shampu berlainan
- Jangkitan kurap
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































