Sulit
5 tahun
Kulit Kepala Zakar di bahagian tengah warna merah ada kudis kecil2 bertompok
Saya lelaki berumur 27 tahun,Saya dapati zakar saya yang warna merah di bahagian tengah batang kepala zakar di sekeliling ada beberapa kudis kecil bertompok disitu.
Puncanya akibat basuh air mani atau air mazi dengan tidak betul hanya sebilas siraman air macam tu mungkin itu punca kudis berlaku.
Jadi doktor,kalau saya tarik sendiri kudis itu,ia akan berdarah dan kulit zakar akan tumbuh semula tak untuk bahagian sunat warna merah itu?
adakah bahagian kulit merah tidak boleh ditumbuh kembali jika kudis cuba dikeluarkan sendiri guna kuku?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bintik merah di zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketuat akibat jangkitan virus
- Lichen nitidus sejenis keradangan kulit zakar
- Molluscum contagiosum akibat jangkitan virus
- Pearly penile papules
- Kudis buta
Anda tidak digalakkan untuk melakukan rawatan kendiri seperti menarik kudis ataupun kemerah-merahan tersebut bagi mengelakkan sebarang komplikasi seperti jangkitan, kegatalan, trauma dan juga pendarahan.
Sebaiknya anda merujuk ke doktor agar doktor dapat meneruskan usaha pengubatan dengan melakukan pemeriksaan tambahan, memberikan ubat yang tepat dan efektif sesuai diagnosis. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































