Sulit
3 tahun
Kulit kepala zakar kering dan berbintik bintik
Saya seorang lelaki berusia 24 tahun, saya mengalami kulut kering di kepala zakar dan terdapat seperti benjolan benjolan. Ia membuat zakar saya kegatalan dan tidak selesa. Apakah langkah yg harus saya ambil untuk mengatasi masalah ini? Dan apa sebenarnya yg saya alami? Minta penjelasan dan nasihat doctor
P/s: saya tidak pernah melakukan hubungan seks
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, diagnosis secara tepat memerlukan maklumat tambahan serta pemeriksaan. Namun terdapat beberapa punca kepada gejala yang anda alami seperti:
- Jangkitan kulat
- Penyakit kurap
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Dermatitis alahan - contohnya pada kain seluar
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.