Sulit
5 tahun
Kulit kepala zakar terkoyak
berlaku dlm minggu lepas bangun tidor ada tiba2 gelembung di kepala zakar tetapi tidak perasan dan tertekan lalu terkoyak dan ada berdarah sedikit. skrg terpaksa letak krim hari2 atau minyak gamat sebab bole jadi lekat di kain atau seluar. kalau pakai seluar atau kain jadi ngilu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera!
Terima kasih untuk soalan anda. Saya faham tentang kerisauan anda yang berkaitan dengan gejala alat sulit anda. Untuk maklumat anda, gejala yang digambarkan oleh anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya:
- Variasi kulit yang normal pada zakar
- Jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- Jerawat pada zakar
- Fordyce spots
- Tindak balas alahan
- Jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex
Anda boleh mempraktikkan langkah-langkah kebersihan diri seperti selalu mencuci bahagian kemaluan menggunakan air dan sabun terutama sekali selepas kencing, memakai seluar dalam yang bersih, lap bahagian kemaluan menggunakan tuala yang bersih selepas mencuci bahagian tersebut dan memastikan kawasan kemaluan sentiasa kering dan bersih.
Rawatan begantung kepada punca masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.





































